kau cakap.
kau cakap sekejap, tapi lama.
kau cakap datang awal, tapi kau lambat.
kau cakap kurangkan membuat kesalahan supaya kau tidak banyak bercakap, tapi sebenarnya kau memang suka bercakap.
kau cakap jangan suka mengulang benda yang sama, tapi kau yang selalu cakap pasal benda yang saaaaama.
kau cakap jangan pakai warna-warni, tapi kau warna-warna-warni-warno-warnu.
kau cakap jangan pakai aksesori (yang kau rasa berlebihan), tapi kau yang menggalakkan orang pakai brooch panjang sampai dada.
kau cakap mesti parking kereta di tempat yang betul, tapi kau parking di tengah jalan.
terlampau banyak kau cakap sampai kau lupa apa yang kau cakap.
kau suka......
kau suka salahkan orang lain walaupun sebenarnya itu adalah kesalahan kau sendiri.
kau suka salahkan orang lain walaupun sebenarmya kau tidak tahu kebenarannya.
kau suka memuji diri sendiri dengan sangat gahnya.
kau suka membangga diri.
kau suka memaksa orang lain.
kau suka menyampuk orang lain bercakap.
kau suka menyusahkan orang lain.
kau suka kalau sebut pasal hal-hal makanan.
kau tidak....
kau tidak senyum seikhlasnya..
kau tidak bertimbang rasa.
kau tidak pernah mahu untuk berbincang dengan orang lain.
kau tidak tahu menjaga perasaan orang lain.
kau tidak mahu memahami masalah orang lain.
semuanya lah kau!
tiada nikmat bekerja.
tiada nikmat mengajar.
tiada nikmat seorang guru.
tiada nikmat hidup.
hanya niat untuk mengajar anak-anak didik dengan seikhlasnya untuk masa depan mereka.
Wednesday, 15 February 2012
Monday, 13 February 2012
5S di bilik guru
ok. malam ni bilik guru sangat kecoh sebab besok pentadbir akan buat pemantauan 5S di bilik guru. best pulak ramai-ramai buat bising malam-malam ni. haha. so saya selaku bendahari dan ajk labelling sangat berjaya menjalankan tugas demi kejayaan bilik guru. wah. over la pulak. all teachers here baik guru perempuan ataupun lelaki, semua bertungkus lumus mengamalkan kempen 5S iaitu menSisihkan, menSusunkan, menSapukan, menSeragamkan dan Sentiasa amalkan. hehe. persekitaran baru, semangat bekerja pun baru, nikmat bekerja pun terasa. ;) selamat bekerja untuk anda-anda yang bekerja..
*stay away from my pinkish zone!*
*our partition with kak rus yang rajin dan sporting tapi gila-gila. haha. *
**gudnite everyone. wa balik dulu k. astro di asrama memanggil-manggil suda. ngeee..
Saturday, 11 February 2012
Sambutan Maulidur Rasul
hari ini hari sabtu. sekolah kami ada sambutan maulidur rasul. tapi rasanya bukan sekolah kami saja. tengok di fb tadi macam banyak juga sekolah buat sambutan hari ni..seawal pagi, kami get ready suda mau berarak. sangat excited tengok sekolah menjadi sangat colourful dengan baju students mengikut colour rumah sukan masing-masing. merah, hijau, kuning, biru. maklumlah, sekolah ini sunyi dan kosong saja. nasib baik la sekolah atas bukit. cantik jugak view sikit. memang smart la. aku pun tidak ketinggalan me'merah'kan diri sebab mahu menyokong rumah sukan sendiri. hehehe. tapi sebenarnya sangat excited sebab dapat selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w secara beramai-ramai mengelilingi sekolah. teringat pulak zaman sekolah dulu. rinduuuu....
*rumah Thoriq*
*rumah Hamzah*
*rumah Kholid*
*rumah Amru*
selesai dengan perarakan, kami terus berkumpul di dewan untuk slot seterusnya iaitu ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk 'Rasul Disayangi, Sunnah Dihayati' dan telah disampaikan oleh Ustaz Anwar, Mudir Maahad Tahfiz Bandar Sierra, KK. apabila menyebut tentang ceramah, teringat zaman sekolah di SMSLD dulu. ustaz amir berau, ustaz yusri yusoff, ramai la. rinduuu lagi.... dan seriously, ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Anwar sangat memberi kesan dalam hati setiap pendengar yang hadir. walaupun pada mulanya aku terangguk-angguk mengantuk sebab semalam tidur sangat lambat. sambil mendengar ceramah ustaz, sejenak aku berfikir dan melihat diri sendiri. ya Allah, sesungguhnya aku terlalu jauh ketinggalan untuk mencium bau syurga-Mu. aku ingin menjadi manusia yang dapat meminum air dari telaga kauthar semasa meniti titian sirat, aku ingin menjadi hamba yang taat dan mulia disisi-Mu ya Allah. subhanallah.... timbul keinsafan yang sangat tebal dalam hati.
dunia sekarang sedang mengalami tanda-tanda besar kiamat. ya Allah. aku takut ya Allah. dengan sedikit masa yang tinggal ini, marilah kita bersama-sama mendekatkan diri kepada sang pencipta. semoga kita tergolong dalam golongan penghuni syurga. amin ya rabbal alamin....
Friday, 10 February 2012
Top 5 of Sexy Lady
Ok. ini bukan cerita pasal American next top model or any reality show
untuk menjadi model. this is a story about us who are being titled as a sexy
lady at school. seriously aku sangat
terkejut apabila ada statement yang mengatakan bahawa 5 orang dalam kalangan
kami mendapat title sexy lady. sexy lady ok! is the title came out because
of the way I dressed?? pakai shawl lilit sana sini, baju kurung moden dengan kain belah betul but I
always wearing my inner skirts ok? entah la di mana silapnya. but compared to
the girls out there, aku rasa dressing aku sopan sikit kali tau. tapi itu aku
rasa. maybe ada orang lain yang sakit mata tengok the way aku dressed kali.
setahun menjadi seorang guru, setahun ni jugak la aku sangat
tertekan dengan suara-suara yang bercakap pasal cara aku berpakaian ke sekolah. aku ingat lagi peristiwa last year. baru 3 bulan berada di sekolah baru, sudah
dapat surat ingkar arahan pasal pemakaian. neh. kamu ada??? huh. apalah nasib. redha saja la.
now genap 1 tahun 2 bulan aku menjadi seorang pendidik di sini. semua yang
berlaku aku terima dengan penuh tabah dan redha. walaupun aku sentiasa bergelak
tawa di dalam bilik guru, bergurau senda dengan students, happy go lucky
teacher, tapi jauh di sudut hati sangat sedih dan tertekan…
*nah.this is the way me dress to school*
Wednesday, 8 February 2012
mr hubby meningkat umur
happy birthday yang..................
*using internal camera. thats why la mata ke lain.*
*peace of birthday boy*
accidentally found this photo dalam gallery my phone before tidur semalam. so saja la buat post kali ni pasal birthday c mr hubby yang suda pun berlalu. 19 january was his birthday. but im not with him during that time because i was here. at sabah. at ranau. at school. *sigh* but the next day, aku terus fly pergi ke kl. ambil CRK 1 hari supaya cuti jadi banyak. hehehe.
sampai kl, terus pergi sunway pyramid. celebrate his birthday with 1 small cake yang sangat cute dan seriously sangat sedap sebab ia diperbuat daripada ice cream. yummmyy. thanx to baskin robbin sebab kau suda buat aku melabur duit dengan kau.
birthday gift??? alamak. tiada.......
mrs wifey : yang. jom kita pigi cari hp. honey mau beli hp.
mr hubby : hp SII tu ker??
mrs wifey : iya la.jom....
after jumpa that phone....
mrs wifey : bos, ada SII kaler putih ka?
tauke hp : ayoo. tiada la kak. suda habis. hitam saja tinggal.
mrs wifey : ooo. tidak apa la. hitam pun hitam la. bos, kasi dua aa tu SII hitam.
mr hubby : honey, kenapa dua??
mrs wifey : 1 untuk honey. 1 untuk sayang.
mr hubby : kenapa pulak untuk sayang?
mrs wifey : hadiah birthday.
mr hubby : .........................(senyum-senyum)
dialog seterusnya adalah sensored. haha. tidak la ba. hak cipta terpelihara dalam hati. ;)
**lain pulak tu perasaan celebrate birthday selepas bergelar suami isteri. ngeeee.
TVastro
bismillahirrahmanirrahim.....
dan sebenarnya hari ini genap 1 minggu tv dan astro berada di rumahku. rumah warden kira rumah sendiri la kan. ngeee. maybe orang akan cakap 'eleh. ada astro sama tv pun mau bising ka. orang lain ada LED tv pun tidak bising macam kau.' but do i care?? haha. maklumlah. after 1 year stay di rumah warden asrama, baru lah terpasang niat mau pasang tv dan astro.
for those yang pernah stay asrama, mesti kamu tau kan macam mana keadaan di dalam tu kan. kalau bukan dengar budak-budak teriak bagi announcement, dengar tapak kaki budak-budak berlari balik dari prep mau masuk asrama. terlalu banyak bunyi-bunyian yang boleh buat aku stress. maka, aku beli la astro dan tv. actually si bapa yang belikan itu tv. lcd toshiba 18". terima kasih pacik muin. me love you! even tv tu kecil, tapi ok la. yang penting ada gambar, ada suara, layan......ngeeee.
semenjak ada tv ni, tidak sengaja jadi orang yang update la pulak. sebut saja drama apa, confirm aku tau dari A-Z. hehehe. iklan?? setiap dialog hafal punya. lagu baru?? sebut saja siapa penyanyi nya. siap boleh nyanyi lagi. ;) tapi berita??? ermmm. hmmm. arrrr. ngeee. macam lupa pulak ada channel untuk berita. hahaha. pulang saja dari kerja, terus racing balik asrama. rindu tv kunun. padahal kalau time di rumah tawau, mau jeling tv pun malas. hahaha.
tv punya pasal, sampai besok pun tidak habis ni mau cerita. ok TVastro, kita jumpa nanti k. ;)
*just ignore the lighting yang terlampau*
Tuesday, 7 February 2012
melawat si ibu mengandung
its tuesday. monday blues berlalu begitu saja sebab yesterday cuti maulidur rasul kan. sebelum terlupa. salam Maulidur Rasul kepada semua umat islam. best tengok tv time maulidur rasul sebab banyak drama yang penuh pengajaran untuk keinsafan kita bersama di akhir zaman ini. fuhh. tiba-tiba alim la pulak. =)
after classes tadi, lari sekejap pergi hospital lawat kak ijan si ibu mengandung yang sangat hyperactive. for the first time aku masuk wad ibu-ibu mengandung ni. what do we called kalau wad ibu mengandung? lupa suda. abaikan la. masuk-masuk jak, wwaahhh..so cute. semua ibu mengandung pakai uniform kaler pink. aigoooo. jeles me. hahaha. adakah patut jeles?? tunggu la kau berisi ya sue!
selalu kalau lawat orang sakit mest bawa buah kan. kami bawa 'western fruit' lagi ya. requested by si ibu mengandung. mau buah yang western konon. adakah buah western?? lain-lain jugak permintaan ibu mengandung ni kan. layan jak la...
kebetulan time kami punya lawatan tu, nurse sedang check perut kak ijan. ntah apa nama alat tu, like ultrasound or what. alat tu untuk detect bunyi heartbeat tu baby. dan aku sangat teruja sebab bunyi heartbeat tu baby sangat kuat. subhanallah. harap si baby sihat-sihat saja. mesti dia tidak sabar suda tu mau keluar. hahaha. wondering how do i look if i pregnant?? ;)
ok la. done for today. balik asrama. layan astro dulu. perlukah mention tu astro? perlu sebab excited baru pasang astro. ngeee.
Subscribe to:
Posts (Atom)









