Wednesday, 15 February 2012

kau cakap, kau suka, kau tidak

kau cakap.
kau cakap sekejap, tapi lama.
kau cakap datang awal, tapi kau lambat.
kau cakap kurangkan membuat kesalahan supaya kau tidak banyak bercakap, tapi sebenarnya kau memang suka bercakap.
kau cakap jangan suka mengulang benda yang sama, tapi kau yang selalu cakap pasal benda yang saaaaama.
kau cakap jangan pakai warna-warni, tapi kau warna-warna-warni-warno-warnu.
kau cakap jangan pakai aksesori (yang kau rasa berlebihan), tapi kau yang menggalakkan orang pakai brooch panjang sampai dada.
kau cakap mesti parking kereta di tempat yang betul, tapi kau parking di tengah jalan.
terlampau banyak kau cakap sampai kau lupa apa yang kau cakap.

kau suka......
kau suka salahkan orang lain walaupun sebenarnya itu adalah kesalahan kau sendiri.
kau suka salahkan orang lain walaupun sebenarmya kau tidak tahu kebenarannya.
kau suka memuji diri sendiri dengan sangat gahnya.
kau suka membangga diri.
kau suka memaksa orang lain.
kau suka menyampuk orang lain bercakap.
kau suka menyusahkan orang lain.
kau suka kalau sebut pasal hal-hal makanan.

kau tidak....
kau tidak senyum seikhlasnya..
kau tidak bertimbang rasa.
kau tidak pernah mahu untuk berbincang dengan orang lain.
kau tidak tahu menjaga perasaan orang lain.
kau tidak mahu memahami masalah orang lain.
semuanya lah kau!

tiada nikmat bekerja.
tiada nikmat mengajar.
tiada nikmat seorang guru.
tiada nikmat hidup.

hanya niat untuk mengajar anak-anak didik dengan seikhlasnya untuk masa depan mereka.



No comments:

Post a Comment