Saturday, 11 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul

hari ini hari sabtu. sekolah kami ada sambutan maulidur rasul. tapi rasanya bukan sekolah kami saja. tengok di fb tadi macam banyak juga sekolah buat sambutan hari ni..seawal pagi, kami get ready suda mau berarak. sangat excited tengok sekolah menjadi sangat colourful dengan baju students mengikut colour rumah sukan masing-masing. merah, hijau, kuning, biru. maklumlah, sekolah ini sunyi dan kosong saja. nasib baik la sekolah atas bukit. cantik jugak view sikit. memang smart la. aku pun tidak ketinggalan me'merah'kan diri sebab  mahu menyokong rumah sukan sendiri. hehehe. tapi sebenarnya sangat excited sebab dapat selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w secara beramai-ramai mengelilingi sekolah. teringat pulak zaman sekolah dulu. rinduuuu....



 *rumah Thoriq*



 *rumah Hamzah*



 *rumah Kholid*



*rumah Amru*



selesai dengan perarakan, kami terus berkumpul di dewan untuk slot seterusnya iaitu ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk 'Rasul Disayangi, Sunnah Dihayati' dan telah disampaikan oleh Ustaz Anwar, Mudir Maahad Tahfiz Bandar Sierra, KK. apabila menyebut tentang ceramah, teringat zaman sekolah di SMSLD dulu. ustaz amir berau, ustaz yusri yusoff, ramai la. rinduuu lagi.... dan seriously, ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Anwar sangat memberi kesan dalam hati setiap pendengar yang hadir. walaupun pada mulanya aku terangguk-angguk mengantuk sebab semalam tidur sangat lambat. sambil mendengar ceramah ustaz, sejenak aku berfikir dan melihat diri sendiri. ya Allah, sesungguhnya aku terlalu jauh ketinggalan untuk mencium bau syurga-Mu. aku ingin menjadi manusia yang dapat meminum air dari telaga kauthar semasa meniti titian sirat, aku ingin menjadi hamba yang taat dan mulia disisi-Mu ya Allah. subhanallah.... timbul keinsafan yang sangat tebal dalam hati. 




dunia sekarang sedang mengalami tanda-tanda besar kiamat. ya Allah. aku takut ya Allah. dengan sedikit masa yang tinggal ini, marilah kita bersama-sama mendekatkan diri kepada sang pencipta. semoga kita tergolong dalam golongan penghuni syurga. amin ya rabbal alamin....


No comments:

Post a Comment